NURUL ASYIQIN BINTI ABDUL RAHMAN (D20191088149)



RANCANGAN ORENTASI SEKOLAH (ROS) (1)

1. Konsep ROS
  • Bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih memahami situasi di sekolah
  • Terbentuk berasaskan pendekatan perkembangan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • ROS  merupakan  pendedahan awal  guru  pelatih  kepada  alam  persekolahan  dari  perspektif guru. Bagi   guru   pelatih   ROS   merupakan   aktiviti   yang   menitikberatkan   tugas-tugas mendokumentasikan  maklumat  secara  profesional  melalui  penyediaan  portfolio  tugasan ROS.
  • Program  ini  bertujuan  memberi peluang  kepada  guru  pelatih  memahami  sekolah sebagai   sebuah   institusi   pendidikan   dan   peranan   guru   dalam   bilik   darjah.
  • Melalui pemerhatian, refleksi  dan  interaksi  dengan  guru  dan  komuniti  sekolah, guru  pelatih  dapat memahami   tingkah   laku, pengurusan   sekolah   dan   pengurusan   bilik   darjah   untuk menyepadukan teori dan amalan  dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bersesuaian.

2. Objektif ROS
  • Menjalinkan  hubungan  bersesuaian  dengan  peranan  dan  tanggungjawab  terhadap entiti/warga sekolah
  • Mengumpul maklumat tentang pengurusan, kurikulum, dan prasarana
  • Membuat pemerhatian aplikasi teori P&P dalam bilik darjah.
  • Merekod pengalaman melalui folio
  • Memupuk budaya pemikiran kreatif dan reflektif terhadap dunia pendidikan
  • Menzahirkan sikap profesionalisme sebagai guru dan personaliti diri yang baik.
  • Mendokumentasikan  pengalaman  yang  dilalui  dalam  portfolio  untuk  memupuk  budaya pemikiran kreatif dan kritis
  • Menyesuaikan  diri  dengan  suasana  sekolah  dan  bilik  darjah  melalui  interaksi  bersama entiti masyarakat sekolah
  • Membina   kemahiran   mengumpul   maklumat   tentang   pengurusan,   prasarana   dan kurikulum sekolah
  • Memantapkan    ilmu    dan    kemahiran    yang    diperolehi    melalui    penyelidikan    dan pengalaman di sekolah.
  • Memupuk semangat berdaya saing dan pengurusan yang efisyen.

3. Strategi Perlaksanaan ROS
  • Tempoh ROS dijalankan selama seminggu (cuti semester Mac-Mei)
    •  Pelajar semester 4&5 (Sekolah rendah)
    •  Pelajar semester 5&6 (sekolah menengah)
  • Jarak ROS 1&2 sekurang-kurangnya 2 semester
  • Sekolah adalah pilihan sendiri

4. Prosedur Perlaksanaan ROS
  • Guru pelatih perlu mengisi borang cadangan penempatan untuk dikemukakan menerusi Penyelaras Latihan Mengajar (PLM) mengikut program masing-masing.
  • PLM setiap program mengemukakan senarai penempatan guru pelatih kepada Unit Latihan Mengajar (ULM) selewat-lewatnya 2 bulan sebelum ROS.
  • ULM memaklumkan pihak sekolah tentang penempatan guru pelatih selewat-lewatnya 1 bulan sebelum ROS
  • ULM menyediakan surat pengenalan diri pelatih untuk diserahkan kepada pengetua semasa melapor diri di sekolah
  • ULM menyediakan garis panduan perlaksanaan ROS untuk pensyarah pembimbing dan pihak sekolah
  • ULM menyediakan garis panduan ROS untuk  guru pelatih
  • ULM menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan pengetua
5. Bidang Tumpuan Tugasan ROS
  • Pengurusan
  • Prasarana
  • Kurikulum/Program Bimbingan dan Kaunseling
  • Ko-Kurikulum
6. Peranan dan Tanggungjawab Guru Pelatih
  • Menghadiri taklimat ROS
  • Memahami dan menghayati objektif ROS
  • Menghadiri sesi pra-ROS bersama pensyarah pembimbing
  • Melaporan diri di sekolah dan membina hubungan baik dengan komuniti sekolah
  • Berbincang, memerhati dan membantu guru dalam tugas-tugas di bilik darjah
  • Membantu guru dalam aktiviti kokurikulum
  • Memerhati dan mengumpul maklum balas tentang pengajaran guru sebagai bahan refleksi
  • Menyediakan portfolia ROS untuk digunakan secara berterusan
  • Menyerahkan Borang Tugusan Pemerhatian dan portfolio kepada pensyarah pembimbing
  • Menggunakan portfolio dan pengalaman di sekolah dalam sesi refleksi di institut/ maktab