PERSEDIAAN KE ALAM PERSEKOLAHAN (2)
Komponen P&P
1. Objektif Pengajaran
- Menerangkan apa yang dapat pelajar lakukan setelah
menyempurnakan sesuatu unit pelajaran
- Menjelaskan hasil pembelajaran.
- Hasil/produk pembelajaran ini perlu dapat diukur atau
dilihat
- Mempunyai 4 domain hasil pelajaran iaitu kognitif,
efektif, psikomotor dan sosial.
2. Penilaian
Proses mentafsir sama ada kuantiti atau takat sesuatu
yang boleh diukur itu boleh diterima atau tidak. Dengan itu penilaian
melibatkan tiga langkah seperti berikut:
- Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur.
- Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran.
- Membuat sesuatu pentaksiran
Antara contoh
penilaian:
- Latihan formatif
- Latihan sumatif
- Pentaksiran
Bilik Darjah (Pentaksiran berasaskan sekolah)
- Kuiz
3. Proses P&P /
Perlaksanaan P&P
- Mengkaji dan
mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam
- Memilih
kemahiran-kemahiran dan isi pelajaran yang sesuai
- Merancang
pengajarannya
- Menentukan
strategi PDP
- Menyediakan
bahan bantu pengajaran
- Menyediakan
penilaiaan
a. Set Induksi
- Langkah permulaan dalam proses P&P
- Tujuan - untuk menghasilkan aliran pemikiran dan
meransang minat pelajar
- Teknik - soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran
lalu, isu semasa yang berkaitan, gambar atau bunyi
b. Perkembangan P&P
- Penyampaian isi pelajaran
- Teknik penyampaian guru & Teknik Menyoal
- Penggabungjalinan
- Penyerapan, Pengukuhan &Pengayaan
- Pemulihan & Penilaian
- Hasil pembelajaran murid
c. Penutup
Aktiviti yang dijalankan seperti :
- susulan
- penilaian objektif pengajaran
- membuat kesimpulan
- rumusan
4. Pengurusan Kelas
Tanggungjawab Guru Menguruskan Kelas
Guru mesti mengurus rutin kelas dengan baik seperti
mengemaskini kedatangan murid, memastikan data terkini murid di dalam kelas dan
menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua
berakhir dan menyimpan buku daftar murid di pejabat.
- Menyedia, Mentafsir Dan Menyimpan Rekod Pelajar
Guru akan sentiasa memastikan rekod pelajar sentiasa
dikemaskini dan perlu mengisi kedatangan murid secara online ke dalam System
Information Student (SIS) selewat-lewatnya masa kedua setiap hari. Seterusnya,
buku rekod kawalan kelas diambil dan dihantar pada waktu dan ditempatkan semula
le tempat yang ditetapkan.
Guru kelas akan mengutip wang yang diarahkan dan perlu
dibayar oleh murid serta menggalakkan murid membayar sekaligus. Guru kelas akan
mengeluarkan resit kepada murid bagi bukti proses pembayaran dibuat serta
menyimpan salinan buku resit dan rekod-rekod bayaran untuk semakan pihak
berkenaan dari semasa ke semasa. Guru juga perlu menyerahkan wang kutipan serta
buku kutipan kepada pihak yang diberi kuasa oleh Pengetua pada hari yang sama.
- Memastikan Maklumat Dalam Kelas Dikemaskini
Guru akan memastikan data terkini murid di dalam kelas
dan mengemaskini jadual kedatangan murid serta guru akan sentiasa menjamin
keselamatan buku-buku rekod tersebut.
- Menjalankan Tugas-Tugas Lain
Guru juga akan menentukan hal peperiksaan telah
disempurnakan bagi murid tingkatan lima serta lelulusan untuk bertukar telah
diterima. Selain itu, guru akan menentukan buku teks telah dipulangkan pada setiap
tahun. Seterusnya menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat.
- Mengurus Dan Memastikan Pelajar-Pelajar Menjalankan
Tugas Harian
Guru membimbing organisasi kelas yang dilantik
menjalankan tugas mengikut jadual yang ditetapkan setiap hari serta mengadakan
tabung kelas dengan jumlahnya kepada budi bicara murid bertujuan untuk
menceriakan kelas dan kebajikan murid
- Mengurus Dan Memastikan Pelajar Memahami Dan Mematuhi Peraturan
Kelas
Guru akan sentiasa memastikan murid memahami setiap matapelajaran
yang diambil dan setiap peraturan di dalam kelas mahupun undang-undang di
sekolah. Seterusnya, melaporkan kepada guru displin sekiranya murid melanggar
displin sekolah.
- Mengurus Keadaan Fizikal Kelas Supaya Sesuai Untuk
Proses P&P
Guru sentiasa memberi galakkan, motivasi dan
merangsang minat murid terhadap akademik. Guru di sekolah itu juga gemar
mengadakan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan hadiah untuk
menarik minat murid di dalam kelas. Guru juga sentiasa prihatin terhadap
masalah murid sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
5. Persediaan
Sebelum Mengajar
- Penulisan Persediaan Mengajar
Guru akan
membuat persediaan awal dan mencari sumber yang bernas tentang apa yang hendak
diajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran(PDP). Guru perlu menentukan
penggunaan sukatan pelajaran dengan betul selaras dengan Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang kemaskini.
- Persediaan Ilmu Pengajaran Dan Isi Pelajaran Diajar
Guru akan
menyediakan bahan yang sesuai dengan tema atau tajuk yang hendak diajar di
dalam kelas.
- Persediaan Bahan Dan Peralatan Pengajaran
Guru akan
menentukan alat bantuan mengajar dan kaedah pengajaran atau pemudahcara yang dikemaskini. Misalnya, guru mengunakan laman sesawang untuk mengakses pengajaran di dalam kelas seperti teknik untuk
mudah menghafal formula.
- Persediaan Ruang Kemahiran Dalam Pengajaran
Guru akan
menentukan tempat pembelajaran yang sesuai dengan subjek yang diajar. Misalnya,
subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) diajar di dalam Bengkel Kayu. Guru akan
menyesuaikan kaedah pembelajaran dan tempat pembelajaran yang paling efektif.