NUR FARAH HANIS BT MOHD YAHAYA (D20191088168)



PERSEDIAAN KE ALAM PERSEKOLAHAN (1)

Konsep Pengajaran
Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi optimum.
Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Faktor terpenting dalam pengajaran ialah guru perlu menilai keperluan–keperluan pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasi strategi-strategi serta aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk pelajar.
Sharifah Alwiah (1983) menganggap pengajaran sebagai aktiviti atau proses kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Sharifah Alwiah juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi walaupun tidak semua aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru dengan pelajar. Manakala bagi Ee Ah Meng (1989) menyatakan bahawa pengajaran sebagai satu sains iaitu sistem aktiviti-aktiviti yang ditujukan kepada murid-murid dengan bertujuan membawa perubahan tingkah laku dikalangan mereka.

Secara ringkasnya pengajaran ialah
(a) menyatakan kesanggupan untuk mencari ilmu sepanjang hayat
(b) menghormati kanak-kanak dan remaja
(c) berkongsi pengetahuan
(d) membimbing, mengarah, membantu, menyubur dan merancang
(e) menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan murid
(f) menghadapi cabaran diri dan profesional
(g) menyalurkan budaya dan nilai nasional



Keperluan Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran
  • Perancangan perlu dilakukan untuk:
  • Memenuhi masa yang diperuntukkan
  • Menepati kehendak objektif atau matlamat
  • Berkesan sepanjang waktu pengajaran
  • Menarik perhatian dan tidak membosankan


i. Objektif Pengajaran
  • Merancang pengajaran yang mengambil kira kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar
  • Menaksir kefahaman pelajar terhadap isu kandungan pelajaran.
  • Merancang pengajaran yang memberi peluang pelajar berinteraksi antara satu sama lain
  • Menerang fakta dan prinsip kandungan pelajaran


ii. Objektif Implisit
- Melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti:
a)      Memahami
b)      Mengetahui
c)      Menghargai sesuatu yang telah diajar

iii. Objektif Eksplisit
Melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti:
a)      Menyenaraikan
b)      Menjelaskan
c)      Memberikan contoh
d)     Menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan

BUKU REKOD MENGAJAR
·      Rancangan Pelajaran Tahunan
Rancangan Pengajaran Tahunan perlu disediakan pada awal tahun sebelum sesi persekolahan bermula yang mana ianya berfungsi sebagai panduan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan ini perlu dibuat untuk tempoh satu tahun bagi satu-satu mata pelajaran.

·      Takwim
Rancangan berdasarkan takwim minggu persekolahan.