NUR NADIA SYAHIRAH BT RUZELY (D20191088161)



RANCANGAN ORENTASI SEKOLAH (ROS) (2)

7. Garis Panduan dan Tanggungjawab Pihak Sekolah
  • Menubuhkan jawatankuasa praktikum/ROS peringkat sekolah
  • Mengenal pasti dan melantik guru yang terlatih yang berpengalaman untuk membimbing guru pelatih
  • Bekerjasama dengan pihak maktab/institusi dalam menjayakan program ROS
  • Membantu guru pelatih menyesuaikan diri dalam masyarakat sekolah
  • Membantu guru pelatih untuk mengumpul maklumat sekolah yang diperlukan
  • Mengawasi disiplin dan kehadiran guru pelatih sepanjang tempoh ROS dan melengkapkan Borang Rumusan Kehadiran ROS
  • Melapor secara bertulis dari semasa ke semasa sebarang kes masalah disiplin guru pelatih ke institut/maktab
  • Memberi peluang kepada guru pelatih membuat pemerhatian pengajaran guru pelatih yang berpengalaman
  • Memberi bimbingan dan maklum balas yang berterusan kepada guru pelatih
  • Menyerahkan Borang Rumusan Kehadiran ROS dan dokumen lain yang berkenaan kepada pihak maktab
8. Peranan dan Tanggungjawab Guru Pendamping
  • Membimbing guru pelatih ke arah perkembangan Sahsiah Pendidikan.
  • Memaklumkan kepada pengetua mengenai kemajuan guru pelatih dari semasa ke semasa
  • Menjalankan sekurang-kurangnya sekali perbincangan
9. Peranan dan Tanggungjawab Pensyarah Pembimbing 
  • Meneliti Garis Panduan Pelaksanaan ROS mengenai tugasan pemerhatian ROS mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
  • Menerima dan memeriksa tugasan pemerhatian ROS dan portfolio guru pelatih berdasarkan Petunjuk Pelaksanaan Tugasan ROS.
  • Membuat rumusan mengenai portfolio guru pelatih menggunakan Borang Rumusan ROS, berdasarkan kepada Kriteria Penilaian Penyediaan Portfolio ROS.
  • Menyerahkan Borang Rumusan ROS yang telah lengkap diisi kepada Ketua Latihan Industri dan Jaringan Komuniti Fakulti Pendidikan 4 minggu selepas tamat ROS atau pada tarikh yang telah ditetapkan.
  • Menggunakan maklumat dan catatan pengalaman guru pelatih dalam portfolio untuk perbincangan di fakulti
  • Membuat lawatan ke sekolah jika terdapat kes-kes yang tertentu untuk memerlukan tindakan
  • Memberi tunjuk ajar berkaitan adab dan etika serta nasihat kepada para guru pelatih
10. Kehadiran dalam ROS 
  • Kehadiran adalah wajib 100% kecuali cuti sakit yang ada pengesahan atau cuti mengejut yang mengakibatkan keluarga
  • Sekiranya guru pelatih tidak memenuhi 100%, guru pelatih harus menghabiskan tempoh ROS sebelum Latihan Mengajar
  • Guru pelatih yang mempunyai masalah kesihatan disarankan supaya menangguh ROS. Risiko adalah tanggungan sendiri
11. Aspek-aspek Yang Difokus Semasa Menjalani 
  • Interaksi dan komunikasi
  • Penglibatan dalam aktiviti sebagai guru pembantu
  • Pengurusan bilik darjah
  • Perancangan dan pengajaran
  • Amalan refleksi
  • Sikap dan sahsiah

NURUL ASYIQIN BINTI ABDUL RAHMAN (D20191088149)



RANCANGAN ORENTASI SEKOLAH (ROS) (1)

1. Konsep ROS
  • Bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih memahami situasi di sekolah
  • Terbentuk berasaskan pendekatan perkembangan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • ROS  merupakan  pendedahan awal  guru  pelatih  kepada  alam  persekolahan  dari  perspektif guru. Bagi   guru   pelatih   ROS   merupakan   aktiviti   yang   menitikberatkan   tugas-tugas mendokumentasikan  maklumat  secara  profesional  melalui  penyediaan  portfolio  tugasan ROS.
  • Program  ini  bertujuan  memberi peluang  kepada  guru  pelatih  memahami  sekolah sebagai   sebuah   institusi   pendidikan   dan   peranan   guru   dalam   bilik   darjah.
  • Melalui pemerhatian, refleksi  dan  interaksi  dengan  guru  dan  komuniti  sekolah, guru  pelatih  dapat memahami   tingkah   laku, pengurusan   sekolah   dan   pengurusan   bilik   darjah   untuk menyepadukan teori dan amalan  dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bersesuaian.

2. Objektif ROS
  • Menjalinkan  hubungan  bersesuaian  dengan  peranan  dan  tanggungjawab  terhadap entiti/warga sekolah
  • Mengumpul maklumat tentang pengurusan, kurikulum, dan prasarana
  • Membuat pemerhatian aplikasi teori P&P dalam bilik darjah.
  • Merekod pengalaman melalui folio
  • Memupuk budaya pemikiran kreatif dan reflektif terhadap dunia pendidikan
  • Menzahirkan sikap profesionalisme sebagai guru dan personaliti diri yang baik.
  • Mendokumentasikan  pengalaman  yang  dilalui  dalam  portfolio  untuk  memupuk  budaya pemikiran kreatif dan kritis
  • Menyesuaikan  diri  dengan  suasana  sekolah  dan  bilik  darjah  melalui  interaksi  bersama entiti masyarakat sekolah
  • Membina   kemahiran   mengumpul   maklumat   tentang   pengurusan,   prasarana   dan kurikulum sekolah
  • Memantapkan    ilmu    dan    kemahiran    yang    diperolehi    melalui    penyelidikan    dan pengalaman di sekolah.
  • Memupuk semangat berdaya saing dan pengurusan yang efisyen.

3. Strategi Perlaksanaan ROS
  • Tempoh ROS dijalankan selama seminggu (cuti semester Mac-Mei)
    •  Pelajar semester 4&5 (Sekolah rendah)
    •  Pelajar semester 5&6 (sekolah menengah)
  • Jarak ROS 1&2 sekurang-kurangnya 2 semester
  • Sekolah adalah pilihan sendiri

4. Prosedur Perlaksanaan ROS
  • Guru pelatih perlu mengisi borang cadangan penempatan untuk dikemukakan menerusi Penyelaras Latihan Mengajar (PLM) mengikut program masing-masing.
  • PLM setiap program mengemukakan senarai penempatan guru pelatih kepada Unit Latihan Mengajar (ULM) selewat-lewatnya 2 bulan sebelum ROS.
  • ULM memaklumkan pihak sekolah tentang penempatan guru pelatih selewat-lewatnya 1 bulan sebelum ROS
  • ULM menyediakan surat pengenalan diri pelatih untuk diserahkan kepada pengetua semasa melapor diri di sekolah
  • ULM menyediakan garis panduan perlaksanaan ROS untuk pensyarah pembimbing dan pihak sekolah
  • ULM menyediakan garis panduan ROS untuk  guru pelatih
  • ULM menyediakan borang dan dokumen yang berkaitan untuk tindakan pengetua
5. Bidang Tumpuan Tugasan ROS
  • Pengurusan
  • Prasarana
  • Kurikulum/Program Bimbingan dan Kaunseling
  • Ko-Kurikulum
6. Peranan dan Tanggungjawab Guru Pelatih
  • Menghadiri taklimat ROS
  • Memahami dan menghayati objektif ROS
  • Menghadiri sesi pra-ROS bersama pensyarah pembimbing
  • Melaporan diri di sekolah dan membina hubungan baik dengan komuniti sekolah
  • Berbincang, memerhati dan membantu guru dalam tugas-tugas di bilik darjah
  • Membantu guru dalam aktiviti kokurikulum
  • Memerhati dan mengumpul maklum balas tentang pengajaran guru sebagai bahan refleksi
  • Menyediakan portfolia ROS untuk digunakan secara berterusan
  • Menyerahkan Borang Tugusan Pemerhatian dan portfolio kepada pensyarah pembimbing
  • Menggunakan portfolio dan pengalaman di sekolah dalam sesi refleksi di institut/ maktab

JOANA WIK ANAK NINGKAN (D20191088152)

KAJIAN DI SEKOLAH
1. Definisi
  • Pengumpulan data yang sistematik, pembentangan dan juga analisa data.
  • Kajian digunakan untuk mengumpul maklumat yang kita gunakan seharian dalam erti kata sistematik untuk memajukan teori atau menyelesaikan masalah.
2. Kajian Kes Pengurusan Pendidikan (Digunakan Untuk Meningkatkan PDP Selaras Dengan FPK
  • Melatih lebih ramai pegawai termasuk jurulatih dan pendidik di Kementerian Pelajaran untuk mengeluarkan kajian kes yang berkualiti
  • Kes-kes ini dapat digunakan dalam usaha untuk meningkatkan pembelajaran dan pengajaran selaras dengan FPK.
3. Objektif
  • membantu peserta memahami konsep asas yang dikaji
  • membolehkan peserta menghargai pelbagai kegunaan kes
  • membangunkan kemahiran untuk mengkonseptualkan suatu reka bentuk kes yang boleh diterbitkan
  • memperoleh kemahiran memimpin kes sebagai alat latihan.
4. Dapatan Kajian
  • Peranan seorang guru
  •  Kepentingan RPT dan RPH
  • Sesi pembelajaran dapat berjalan lancar selain melakukan RPT dan RPH
  • Langkah-langkah pengurusan pembelajaran berkesan
  • Pengajaran yang dijalankan adalah berkesan kepada pelajar
  • Cabaran semasa mengurus pembelajaran
  • Cara belajar paling sesuai bagi setiap pelajar
  • Cara untuk memastikan semua pelajar terlibat dalam sesi pembelajaran
  •  Langkah bagi memupuk minat pelajar dalam proses pembelajaran
  • Jenis pengajaran yang sesuai bagi pelajar pada zaman ini
  • Cara menguruskan “slow learner”
5. Contoh Kajian

  • Guru sekolah itu mengarahkan pelajarnya menghias papan notis di bangunan pentadbiran sebagai sumbangan untuk sekolah.


  • Ketua bidang teknik dan vokasional di SMK Penrissen No.1 telah membuat pelindung muka dengan menggunakan mesin pencetak 3D untuk disumbangkan kepada pihak barisan Hospital Sarikei. https://youtu.be/aRm9Fyi-81M

  • Untuk sukan pula, pasukan hoki dan softball selalu mendapat johan dan naib johan menyebabkan ada di antara mereka terpilih untuk mewakili negara.

  
  • Kelab Koperasi sesi petang setiap tahun membawa ahli-ahlinya menyertai lawatan sambil belajar dan jamuan akhir tahun di hotel menggunakan hasil jualan mereka sepanjang tahun.